Sabtu, 04 Februari 2012
RAHSIA JODOH ANDA
11.46
Rahsia Jodoh Anda mutlak ada di tangan TUHAN, namun demikian ada beberapa perkara logik yang boleh kita ambil manfaatnya dari perbagai pengalaman dan apa yang sudah biasa terjadi.Berikut ini kita sajikan tentang petanda Rahsia Jodoh anda
:Pertanda 1 Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki umur hubungan yang panjang adalah dengan saling berkongsi. Kamu dan dia selalu boleh saling membantu, entah itu pekerjaan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu boleh menikmati segala aspekkehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Nah, adakah kamu sudah merasakan hal tersebut?Jika ya, kamu ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidupmu!
Pertanda 2 Salah satu kriteria yang menentukan sesuai tidaknya dia itu jodohmu atau bukan adalah kemampuannya bersikap santai di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu nampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, sorry ... kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu.
Pertanda 3 Adanya kenalan batin membuat hati kamu berdua boleh selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan antara satu sama lain pada situasi tertentu, apalagi kalau boleh saling merasakan kesakitan atau kebahagiaan pasangan satu sama lain ... Selamat! Mungkin sebenarnya dialah belahan jiwamu yang tersimpan ...
Pertanda 4 Bersamanya boleh membuat perasaan kamu menjadi santai dan selesa tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tak membuatmu merasa bosan .. Ini boleh sebagai petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Pertanda 5 Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami perasaan dalam hatimu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia tahu keadaan waktu kamu sakit.?Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya ...'
Pertanda 6 Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya ..yahh, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya .
.Pertanda 7 Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'mengantuk' di depannya sekalipun, misalnya saat baru bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari.
Pertanda 8 Bila kamu merasa rahsia boleh lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabatmu. Atau jika anda merasa sudah tak boleh lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan.Apakah kelapan petanda Rahsia Jodoh anda di atas telah agan temukan pada kekash anda..??
Sila komen dan share kalau ya...trima kasih...