Rabu.07.03.2012:
Maksud hati terobsesi memecahkan rekod tempatan sebagai manusia yang mampu menghabiskan masa akhir dikubur di dalam tanah dalam keadaan hidup, apa daya kematian yang didapati.
Ya, nasib naas itu dialami seorang lelaki di Sri Lanka. Menurut stesen berita BBC, lelaki yang mati bodoh itu bernama Janaka Basnayake. Pemuda 24 tahun itu melancarkan aksi nekad hujung minggu lalu di Kantale, sebuah bandar kecil di sebelah utara Ibukota Colombo.
Menurut polis tempatan, cita-cita Janaka itu disokong kaum kerabat dan rakan, yang menanam dia suatu parit sedalam tiga meter. Menurut harian Daily Mail, Janaka mulai dikubur pada Sabtu pagi pukul 09.30. Namun pada pukul 4 petang, ketika kubur diperbaiki, dia sudah dalam keadaan tidak sedar. ketika dibawa ke rumah sakit, Janaka di beritakan meninggal.
Doktor tempatan masih menyiasat punca persis kematian Janaka, apakah dia sesak nafas atau ada sebab-sebab lain. Polis juga belum menentukan sama ada ada pihak yang harus bertanggungjawab atas kematian Janaka.
Tragedi ini membuat kejutan kaum kerabat. Ini kerana, mereka mengaku melihat Janaka pernah dua kali ditanam hidup-hidup, masing-masing selama dua setengah jam dan enam jam, dan tidak mengalami akibat yang teruk.
Kerajaan tempatan hanya boleh berpesan kepada warga agar jangan mengulangi aksi nekad Janaka. Polis mendedahkan bahawa Janaka pernah bertugas sebagai anggota Pasukan Pertahanan Awam, iaitu unit polis yang memerangi pemberontak Tamil.