Pages

Kamis, 08 Maret 2012

Inilah Resipi Rahsia Coca-Cola Yang Telah Di Bocorkan

jumaat:09.03.2012 Post By : Tabekpuang 


Sebuah laman, thisamericanlife.org, mendedahkan resepi rahsia minuman bekarbonat yang paling terkenal di dunia, Coca-Cola. Selama ini, minuman yang dicipta oleh seorang ahli farmasi, John Pemberton pada 1886 ini selalu menjadi misteri.
Nah, thisamericanlife.org mengklamin mencari senarai yang digambar dari sebuah akhbar yang menyebutkan resepi Coca-cola. Senarai tersebut lengkap bahan dan sukatan untuk membuat minuman Coca-cola.


Gambar resipi itu berasal dari artikel di akhbar Atlanta Journal-Constitution edisi 8 Februari 1979. Dalam foto tersebut ada seseorang yang memegang buku dengan resipi yang didakwa resipi yang sama dengan yang digunakan Pemberton.

Resepi asli Coca-cola disebutkan disimpan di sebuah bilik besi di Atlanta, Georgia. Resipi itu dijaga 24 jam. Inilah resepi rahsia coca-cola itu.
1. Ekstrak cair coca 3 dram (unit)
2. Asam Sitrat 3 ons
3. Kafein 1 ons
4. Gula 30 (tulisannya tidak jelas berapa ukurannya)
5. Air 2.5 galon
6. Juice jeruk limau 2,25 liter
7. Vanilla 1 ons
8. Karamel 1,5 ons atau lebih untuk warnanya.
9. 7X Penyedap Rasa (2 ons penyedap rasa dan 5 titis sirap)
10. Alkohol 8 ons
11. Minyak jeruk 20 titis
13. Minyak Lemon 30 titis
14. Minyak Nutmeg 10 titis
15. Coriander (ketumbar) 5 titis
16. Neroli 10 titis
17. Cinnamon (kayu manis) 10 titis