MANCHESTER, - Manchester City menjadi wakil Inggeris terkini yang gagal melayakkan diri ke suku akhir Liga Europa, menyusuli nasib Manchester United. Meski menang 3-2 atas Sporting Lisbon di leg kedua babak 16 besar, Khamis atau Jumaat (16/3/2012) City tetap gagalperaturan gol ditempat lawan.
Muncul di depan penyokong sendiri tak menjamin City dengan mudah menguasai pertandingan. Sporting yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara, memberikan perlawanan sengit. Bahkan, si tetamu mampu mencuri peluang pada minit ke-8 melalui kaki Matias Fernandez. Beruntung bagi City, Stefan Savic masih mampu menghalang bola.
Pada minit ke-20, Mario Balotelli mendapat kesempatan emas untuk membawa City hebat. Menerima umpan Dadid Silva, Balotelli sudah berada dalam kedudukan bebas tanpa kawalan. Namun, akibat terlalu lama mengawal bola, Balotelli kehilangan momentum dan ruangnya sudah ditutup oleh Emiliano Insua.
Sporting membuat penyokong Eastland terdiam pada minit ke-33. Berpunca dari pelanggaran Balotelli terhadap Insua di depan kotak penalti City, Sporting yang mendapat hadiah sepakan percuma berjaya memanfaatkan peluang. Adalah Matias Fernandez yang akhirnya menembusi gawang Joe Hart lewat tendangan bebas indahnya.
City makin terperuk setelah Sporting menjaringkan gol kedua pada minit ke-40. Umpan silang dari Marat Izmailov mampu dimanfaatkan dengan baik oleh Ricky van Wolfswinkel dengan sepakan kaki kanannya. City pun dipaksa ketinggalan 0-2 pada separuh pertama.
Pada separuh kedua, City tetap kesukaran menembusi pertahanan pasukan tetamu. Melihat fakta ini, Pengurus Roberto Mancini melakukan perubahan dengan memasukkan satu striker untuk menambah daya serangan Edin Dzeko masuk menggantikan David Pizarro pada minit ke-55.
Perubahan ini membawa hasil positif. Pada minit ke-60, City mampu mengurangkan deposit gol dengan aksi Sergio Aguero. Menerima pasingan Yaya Toure, Aguero menundukkan penjaga gol Rui Patricio dengan tendangan kaki kanannya.
City yang masih memerlukan tiga gol lagi untuk terlepas terus mengempur pertahanan Sporting. Namun, usaha mereka kerap gagal akibat pertahanan yang kukuh dari pemain Sporting.
uan rumah baru boleh menambah gol pada minit ke-75. Gol kedua "The Citizens" dicetak oleh Mario Balotelli lewat titik putih. Penalti diberikan setelah pemain gantian Renato Neto melanggar Aguero di dalam kotak penalti
Kolo Toure dan kawan kawan tak pernah putus asa untuk mengejar gol demi gol. Pada minit ke-83, Aguero yang terlepas dari kedudukan offside, menjaringkan gol keduanya setelah memanfaatkan bola hasil tandukan Dzeko.
City hanya memerlukan satu gol lagi untuk menang. Sayang, gol yang ditunggu-tunggu tak tercipta, walaupun mereka terus menekan. Usaha mereka pun berakhir sia-sia, setelah melalui pertarungan di minit-minit akhir yang dramatik.