LONDON – Polis Britain menawarkan ganjaran sehingga £20,000 (RM111,300) untuk menangkap tiga lelaki dipercayai merogol seorang wanita hamil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu berlaku di Finsbury Park, utara London pada Mei tahun lalu namun baru didedahkan pihak polis kelmarin atas sebab permintaan daripada pasangan suami isteri terbabit.
Suspek-suspek itu yang disyaki sebagai perompak yang cuba memecah masuk rumah mangsa semasa pasangan suami isteri sedang menonton televisyen sebelum mereka mendengar bunyi bising di luar kediaman.
Suami mangsa yang berusia 39 tahun kemudian pergi meninjau keadaan dan terserempak dengan tiga lelaki berkulit gelap, salah seorangnya berketurunan Asia yang memakai topeng muka berada di pintu masuk rumah itu.
Suspek-suspek mengacu sepucuk pistol ke kepala lelaki itu sebelum meminta kunci sebuah kereta Audi, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai mangsa.
Salah seorang suspek membawa mangsa wanita berumur 33 tahun yang sarat hamil tujuh bulan ke bilik tidur sebelum memaksanya melakukan seks oral yang kemudian dirujuk sebagai rogol.
Polis menyatakan suami mangsa sempat merayu kepada perompak itu dengan menjerit: “Dia sedang mengandung, lepaskanlah dia dan beritahu saya apa yang kamu mahu.”
Namun suspek tersebut memukul lelaki itu dengan pistol manakala wanita berkenaan mengalami trauma berikutan serangan seksual yang berlaku di dalam rumahnya sendiri.
Dua lelaki yang wajahnya dirakamkan oleh imej litar kamera tertutup (CCTV) kini diburu polis bagi membantu siasatan. – Agensi
Sumber : Kosmo
Sumber http://edisikini.com/perompak-rogol-wanita-hamil-depan-suami/#ixzz1oBoqcCut