Pages

Senin, 05 Maret 2012

Inilah Dia Arnab Raksasa (Flemish Giant)

                                                                                        




Arnab Raksasa (Flemish Giant)

keistimewaan arnab ini memang terletak pada bebanannya yang luar biasa. Sejarah dari arnab ini sendiri kurang diketahui secara pasti. Namun ramai yang percaya bahawa arnab ini merupakan keturunan dari arnab liar Argentina. Hal ini berdasarkan dari catatan bahawa sebelum abad 16 dan 17 para pedagang dari Belanda membawa arnab raksasa dari Argentina ke Eropah dan membudidayakannya. Catatan rasmi dari jenis ini sendiri baru ada pada tahun 1860. Sebelum merebak ke seluruh dunia seperti saat ini, awalnya arnab flemish giant hanya dikembangkan di Inggeris untuk memenuhi permintaan daging arnab di negara tersebut. Hal ini pernah juga dilakukan di Indonesia dimana pada th.1981 pemerintah Belanda mendatangkan arnab ini sebagai hadiah kepada Presiden Suharto untuk meningkatkan gizi masyarakat di luar bandar. Namun usaha ini gagal. Ciri2 umum dari flemish giant adalah:

- Mempunyai badan yang panjang (lebih dari 20 inch/50, 8 cm utk yang dewasa), bertulang tebal, dan dada penuh berisi.

-Kepala lebar, telinga panjang dan tebal serta berdiri (panjang telinga tidak kurang dari 6 inch/15 cm utk yang dewasa), serta mempunya kaki yang besar, panjang dan kukuh.

-Warna dari arnab flemish giant yang diakui adalah hitam, biru, coklat kuning muda (fawn), abu2 terang, seperti pasir (sandy), abu2 besi (steel grey), dan putih. Jadi tidak ada arnab flemish giant yang mempunyai warna broken (2 atau 3 warna dalam satu badan).

-Berat minimum setelah dewasa adalah 6.3 kg, jadi semakin berat semakin bagus. Menurut catatan ada yang mencapai berat hingga 12 kg.