Selamat siang kawan kawan kami semua di Republik Gossip™ di pagi Jumaat yang indah nan mulia ini. Bersedia untuk Anugerah Juara Lagu ke 26? #tibatiba
Khabar angin mula kedengaran 24 jam yang lepas mengatakan Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujang beliau pada 25 Februari ini bersama pilihan hati.
Menurut laporan mStar Online hari ini, Ana Raffali akan berkahwin dengan pengurus peribadi beliau yang di’kenali sebagai Naim di Taman Melawati, KL pada jam 10 pagi 25 Februari nanti.
Namun menurut laporan yang sama, Ana Raffali di’katakan enggan menafikan atau mengiyakan spekulasi tarikh berkenaan dan meminta supaya semua pihak bersabar kerana ada beberapa urusan yang perlu beliau selesaikan terlebih dahulu sebelum pengumuman.
Ana Raffali di’khabarkan akan mengadakan satu sidang media khas Selasa depan untuk mengumumkan majlis pernikahan beliau bersama pengurus peribadi, Naim selepas tamat’nya Anugerah Juara Lagu ke 26. – rotikaya