Pages

Minggu, 12 Februari 2012

[Gambar] Sempena Harijadi Neelofa Yang Ke 23 Di Bora Asmara

Pada malam 11 Januari 2012 lepas, satu majlis sambutan ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-23 telah diadakan di Bora Asmara, Jalan Penchala. Ramai yang hadir ke majlis tersebut, termasuk keluarga Neleofa yang besar, rakan-rakan, selebriti dan para peminat Neelofa yang dipanggilLofers, yang turut menganjurkan majlis ini.  Antara selebriti yang hadir ialah Awal Ashaari yang juga merupakan pengacara majlis, Ana Raffali dan Iqram Dinzly,



Sebenarnya ada beberapa berita terbaru tentang Neelofa, jadi kami akan senaraikannya dalam bentuk poin untuk memudahkan anda diges:-
1)      Neelofa akan memulakan perniagaan kasutnya. Dia telah pun siap membuat rekaan dan menghantar rekaannya ke kilang, produk kasut yang dihasilkan itu akan dijenamakan dengan namanya dan mula dijual.
2)      Neelofa sudah muncul sebagai model bagi katalog Avon terbaru dan kelihatan Anggun.
3)      Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah memilih Neelofa sebagai pereka untuk kasut perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tahun ini.
4)      Lakonan Neelofa dalam telefilem komedi Ijam Non Yankee yang ditayangkan dalam slot cerekarama di TV3 Sabtu lepas ,mendapat sambutan baik para peminat.
Kredit gambar kepada REDPhotography
***
Buat julung kalinya Fiesta Seni Budaya Perak (FSBP) 2012 akan diadakan di negeri Perak. Matlamat tetap jitu iaitu menyemarakkan seni budaya dalam kalangan masyarakat terutama rakyat di negeri Perak. Pendekatan JKKN Perak dan Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Kebudayaan Negeri bertujuan memperkenalkan produk seni budaya melalui elemen seni muzik, teater, tari, visual, kraf tangan dan pelbagai elemen seni lain lagi. Fiesta ini aka berlangsung selama 3 hari iaitu  17-19 Februari (Jumaat -Ahad),  10.00 pagi- 10.00 malam di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.