Ada khabar gembira untuk kalangan pecinta minuman beralkohol dan menyukai sensasi rasa pedas.
Seperti dikutip laman Dailymail, salah satu pusat perbelajaan terbesar di Inggeris,Selfridges Spirits, mencipta minuman vodka yang diperbuat daripada cili terpedas di dunia, naga jolokia.
Menurut pembuatnya, tingkat kepedasan vodka ini mencapai 100.000 skala Scoville,yang merupakan unit antarabangsa untuk mengukur rasa pedas cili.
Vodka yang diberi nama dragon Chilli Vodka ini, dibuat dari proses fermentasi vodka dan 18 kilogram cili Naga jolokia, yang berbentuk serbuk.
Dalam proses itu, diperlukan masa beberapa minggu untuk kedua-dua bahan dapat meresap sempurna. ketika minuman ini telah berubah warna menjadi karamel agak gelap, proses pembuatan memasuki tahap akhir dan siap dimasukkan dalam bungkusan botol.
Kalangan mixologist (ahli mencampur bahan minuman) mengesyorkan vodka ini dibungkus dalam bungkusan yang klasik menyerupai botol Bloody Mary agar mempunyai pandangan yang lebih menarik. Rencananya, Vodka ini mulai dipasarkanSelfridges mulai awal minggu ini.
"Produk ini sangat unik. Kami berusaha untuk menjangka banyak pelanggan yang mahukannya kerana produk ini cukup langka dan mempunyai kekuatan luar biasa," ujar Dawn Davies seorang ahli minuman dari Selfridges.
Menurut Davies, banyak pelanggan syarikatnya yang memang sangat tergila-gila dengan rasa pedas. Oleh kerana itu, mereka tak ragu menjual produk dengan rasa pedas ekstrim seperti Tabasco dan sekarang Dragon Chilli Vodka yang fenomenal.